HomeHiburanSyasya undur diri dari Dolla

Syasya undur diri dari Dolla

ANGGOTA kumpulan Dolla, Syasya atau Syasya Rizal, 23,  mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli kumpulan itu atas faktor peribadi.

Berita mengejut itu disampaikan oleh ahli Dolla menerusi satu kenyataan di media sosial pada Isnin.

“Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan anda semua.

Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan Syasya mengambil keputusan mengundurkan diri sebagai ahli Dolla di atas sebab peribadi,” kata kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan media.

Namun begitu, ahli kumpulan tersebut masih mengganggap Syasysa seperti adik dan akan sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.

“Hubungan kami berempat sangat erat, kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami dan akan terus memberikan sokongan terhadapnya,” jelasnya.

Sementara itu, tiga ahli yang lain berkata, mereka tetap akan berikan terbaik dan berharap peminat terus mendoakan Dolla.

“Kami tetap akan memberikan komitmen penuh untuk teruskan perjalanan Dolla dan terus berusaha untuk berikan yang terbaik untuk peminat dan rakan media yang telah menyokong Dolla selama ini.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penghargaan kami terhadap sokongan anda semua sepanjang kerjaya Dolla setakat ini, serta kata-kata semangat untuk kami kekal berjuang.

“Kami berharap kami akan tetap melangkah jauh di perjalanan kami bersama,” katanya.

Sebagai rekod, Dolla ditubuhkan pada April 2019 apabila Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan semasa sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu.

Syasya, (dua dari kiri) bersama Dolla

Author

Pilihan Editor