HomeBeritaWarga emas temui ajal, motosikal rempuh pokok tumbang

Warga emas temui ajal, motosikal rempuh pokok tumbang

SEREMBAN: Seorang warga emas temui ajal selepas motosikal ditunggangnya merempuh pokok tumbang dekat Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran Petron Taman Sri Mawar, di sini, sekitar 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pokok berkenaan tumbang dan melintang jalan utama.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang lelaki berumur 62 tahun bergerak dari arah Taman Marida menuju ke Seremban 2.

Hatta berkata, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang di lorong kiri dipercayai melanggar sebatang pokok yang tumbang melintang di laluannya.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HTJ untuk bedah siasat,” katanya lapor Buletin TV3.

Author

Pilihan Editor