[VIDEO] MoU KLTVET-MCGA bangunkan industri dandanan kucing

0
25

KUALA LUMPUR Business & TVET Certified Institute (KLTVET) dan Malaysia Cat Groomers Association (MCGA) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU), yang berlangsung di Pejabat KLTVET di ibu negara.

MoU itu yang dihadiri oleh 30 wakil daripada kedua-dua pihak itu bertujuan membangunkan industri pendandan kucing di dalam negara.

Dalam majlis sama, KLTVET turut menyampaikan Sijil Diploma RPEL dalam bidang Diploma in Cat Grooming Management para graduan yang berjaya menamatkan program pengiktirafan pengalaman kerjaya (RPEL).

Selain itu, KLTVET juga telah menyerahkan Sijil Akreditasi kepada MCGA sebagai pengiktirafan terhadap modul dan silibus yang diiktiraf oleh KLTVET dengan akreditasi dan validasi dari European Education Board dan Alzette University.

Author