HomeBeritaMCMC tambah baik khidmat telekomunikasi Kampung Orang Asli Kerling

MCMC tambah baik khidmat telekomunikasi Kampung Orang Asli Kerling

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil inisiatif menjalankan pembuktian konsep (POC) Starlink, sebagai alternatif kepada gentian optik bagi sambungan teras ke menara Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Kampung Orang Asli Kerling, Selangor.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan memaklumkan, menerusi POC berkenaan, menara tersebut akan diaktifkan bermula Rabu depan (8 Mei), dengan menawarkan perkhidmatan daripada tiga syarikat telekomunikasi utama iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

“Perkhidmatan telekomunikasi ini akan memudahkan urusan harian penduduk bagi tujuan komunikasi, pendidikan dan lain-lain,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut memaklumkan, langkah tersebut diambil susulan terdapat keperluan kepada perkhidmatan telekomunikasi di perkampungan tersebut.

Kenyataan itu menyebut, menara berkenaan telah siap pada tahun lepas dan kini dalam proses sambungan rangkaian gentian optik ke Menara, sebelum boleh diaktifkan dijangka pada suku pertama tahun depan.

Menurut MCMC, pengaktifan menara itu kelak akan memberi manfaat kepada lebih 250 masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Kenyataan itu juga menyebut, MCMC telah membuat tinjauan ke menara berkenaan dan diketuai Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Bukhari Yahya bagi melihat kemajuan pelaksanaan di menara itu pada Jumaat.

 

 

Author

Pilihan Editor