HomeHiburanStudio Kembara tak lupa FINAS

Studio Kembara tak lupa FINAS

KUALA LUMPUR: Pihak Studio Kembara mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan pembikinan dan pelaburan Filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, sehingga mencetuskan fenomena negara.

Bukan sahaja berjaya membawa penonton hadir dengan berpakaian kemuliaan Melayu, filem itu menarik minat mereka yang tidak berkunjung ke panggung sejak puluhan tahun lalu sehingga menyaksikan kutipan jualan tiket sejak hari pertama yang sangat membanggakan sebanyak RM1juta.

Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata pihaknya terharu melihat sokongan yang datang bukan sahaja daripada orang awam tetapi perhatian daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke acara tayangan perdana filem.

Katanya, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) diwakili Pengerusi, Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim turut tidak melepaskan peluang menonton tayangan perdana itu.

“Ini menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Justeru, saya mengucapkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak FINAS kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.

‘Kehadiran Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Hajah Zurainah dan Ketua Eksekutif, Profesor Dr Md Nasir ke tayangan perdana filem ini terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industrI perfileman negara,” ujar Rahman.

Katanya, filem terbabit antara lain memberikan mesej bahawa penonton sekian lama ternanti-nantikan sebuah filem seperti ini dan membuktikan mereka benar-benar menyokong penerbit yang mengeluarkan filem sebegini.

“Saya mendapat berita bahawa ada penonton yang sudah 50 tahun tidak memasuki pawagam namun terpanggil untuk menonton filem yang sarat mesej lagi menghiburkan ini,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan di sini.

Mengulas mengenai logo FINAS pada promosi filem, pihaknya berkata logo berkenaan sudah tertera pada ‘credit mention’ filem berkenaan.

“Logo FINAS ada dalam kredit mention filem. Poster rasmi, semua logo penaja memang tiada, kalau tengok logo Studio Kembara sahaja,” katanya.

Pihak terbabit turut menjelaskan, tiada isu berhubung pembayaran kepada pihak berkaitan yang belum dilunaskan.

“Jika ada isu, pelakon dan produksi rasanya tak turun (program ) ‘meet and greet’, katanya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan bajet yang disalurkan FINAS untuk Mat Kilau mencecah RM1.5 juta dan ada tambahan lagi sebanyak RM300,000 sepanjang pembikinan filem itu dibuat.

Namun dipercayai logo FINAS tak kelihatan pada bahan-bahan untuk promosi dan publisiti seperti risalah dan sebagainya.

Ada lagi cerita kurang sedap di dengar di kalangan pekerja belakang tabir masih ada bayaran yang tidak dijelaskan. – Media Variasi

Author

Pilihan Editor