HomeMV+EksklusifSaya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung - Emilia Hanafi

Saya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung – Emilia Hanafi

KAJANG: “Saya dah failkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah, terapi rayuan saya tidak sampai ke penghujung, telah ditutup ‘prematurely’ sebelum dapat ke penghujung,” demikian dakwa bekas isteri Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, Emilia Hanafi.

Berita berkaitan: Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

Pendedahan Emilia, 44, itu sekali gus meleraikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seolah-olah sengaja tidak mahu membuat rayuan ke mahkamah berkenaan berikutan ia tidak dilaporkan oleh mana-mana media.

Emilia menjelaskan, perkara itu dibuat pada hari yang sama beliau dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari kerana menukar ganti tarikh lawatan anak-anak, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 4 September 2019.

Beliau bagaimanapun, dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Berita berkaitan: Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

“Saya dah fail rayuan ke Mahkamah Syariah pada tahun 2019, hari yang sama dan selang seminggu selepas keputusan kes, saya dah failkan.

“Akan tetapi rayuan saya tidak sampai ke penghujung dan keputusan dikeluarkan tanpa kehadiran saya di mana notis untuk tarikh mahkamah tidak diberitahu kepada saya dan keputusan dibuat tanpa kehadiran saya dan sangat curiga.

“Sewajarnya perlu ada sistem pemberitahuan dan pengesahan makluman agar pihak plaintif dan defendan benar-benar tahu tarikh prosiding akan datang. Bayangkan jika peguam tarik diri tiba-tiba dan tiada makluman dari peguam kepada anak guamnya yang menyebabkan tiada pembelaan terhadap anak guamnya,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

Dakwanya, peguamnya yang terdahulu juga telah menghantar surat memberitahu tentang pertukaran dan gantian lawatan tersebut yang hanya satu kali sahaja iaitu gantian pada 6 dan 7 Oktober 2018 kepada 13 dan 14 Oktober tahun sama yang mengambil hanya selang seminggu sahaja.

“Ini menunjukkan bahawa tiada niat menghina mahkamah dan telah dibuat dengan cara elok dan berekod. Anak-anak telah pun menunggu bapa mereka pada minggu seterusnya tetapi bapanya tidak hadir juga,” katanya.

Bagaimanapun, Emilia hanya berserah kepada Tuhan meskipun nalurinya menyatakan ada yang tidak kena pada kesnya.

Berita berkaitan: Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

“Saya tahu, something is not right, it’s OK I leave it to Allah. Sebab saya buat (ini) ‘awareness’ untuk semua orang tahu,” katanya.

Tegasnya, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keadilan bagi diri dan anak-anaknya.

“Untuk usaha saya, saya sudah buat rayuan. Di Mahkamah Syariah tiada lagi tinggi seperti Mahkamah Rayuan. Jika Mahkamah Sivil ada Mahkamah Persekutuan. Di (mahkamah) syariah, yang paling tinggi ialah Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan: Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

“Siapa atas Mahkamah Rayuan? Ketua Syariah Kuala Lumpur. Siapa di atasnya? Menteri agama dan Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi saya harap, pihak atasan dapat lihat kes ini, fikirlah apa yang tidak betul. Saya hormat mahkamah Malaysia, cuma saya nampak mungkin ada silap dan harap ada pihak boleh bantu memperbetulkan keadaan,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau tidak menolak sekiranya dirinya benar-benar dibuktikan bersalah.

“Saya masukkan ‘judicial review’ semakan kehakiman ke atas keputusan tujuh hari penjara ini. Saya harap saya sukses di mahkamah sana dan perbetulkan keadaan.

“Bila fikirkan, siapa anak yang sanggup lihat ibunya dipenjarakan atas alasan tak munasabah,” katanya.

Berita berkaitan: Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

Emilia menjelaskan beliau sebenarnya mendapat hak penjagaan anak-anak sepenuhnya.

“Bukan join custody tetapi penjagaan penuh diberi oleh Mahkamah melalui Perintah Persetujuan pada 23 Julai 2018.

“Untuk rekod, saya masih menghadiri kes jenayah keganasan rumah tangga bekas suami.

“Kes nafkah anak juga telah dibuang oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, akibat ketidakhadiran due to the arrest warrant being active,” katanya.

Berita berkaitan: Isu Emilia dipenjara, Lisa kata Mahkamah Syariah tak adil, double standard

Author

Pilihan Editor