KUALA LUMPUR: “Ada lah silap saya dalam hubungan. Saya sebagai seorang manusia. Saya tak nak sakiti isteri saya, saya tak nak,” kata sutradara, Syamsul Yusof.
Berita berkaitan: Tukang fitnah mohon maaf terhadap Puteri Sarah
Pengarah filem Mat Kilau itu berkata demikian ketika ditanya apa silapnya oleh pengacara, Datuk Aznil Nawawi dalam sebuah program bual bicara, Hard To Heart yang tular sejak semalam.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.
Khamis lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar, individu yang menganggu rumahtangganya sejak empat tahun lalu.
Berita berkaitan: Tukang fitnah mohon maaf terhadap Puteri Sarah
Sarah dan Syamsul dilaporkan tidak sebumbung ekoran itu.
Aznil bertanya siapa atau posisi Ira terhadap dirinya, Syamsul bagaimanapun hanya mengunci mulut dan tidak berkata apa-apa.
“Tak tahulah. Ira Kazar, satu Malaysia dah kenal.
“Entahlah Pak Nil, saya pun tak tahu. Saya pun, yelah benda yang disebut itu sebab isteri saya keluarkan kenyataan.
“Tidak mengapa, saya di sini dan macam mana saya dalam rancangan ini, begitu juga saya di luar. Sebab itu saya berani datang.
“Ada benda yang kita sedia kongsikan dan ada benda yang kita tak sanggup kongsikan. Tiada cinta baharu, tiada cerita ‘sembilu’ dekat sini,” ujarnya.