HomeHiburanTukang fitnah mohon maaf terhadap Puteri Sarah

Tukang fitnah mohon maaf terhadap Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Hati-hati dalam memberi komen di media sosial, mungkin anda bakal terima surat saman fitnah.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Jenayah fitnah boleh dikenakan dalam tempoh enam tahun, maknanya jika komen anda pada dua tahun lalu masih boleh didakwa pada bila-bila masa.

Seorang individu yang didakwa telah memfitnah pelakon Puteri Sarah tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada aktres itu pada malam Isnin.

Ia dikongsikan Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, menerusi IG Story.

Menerusi kenyataan itu, individu itu berkata dia telah menerima surat LOD (Letter of Demand) yang menuntutnya membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara komen yang ditulisnya mengenai Sarah.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Di sini, saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan posting IG saya pada 17.7. 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangganya.

“Saya telah dapat surat LOD yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah ataupun keluarga.

“Saya minta maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan keluarga yang berasa terkesan serta terasa hati dengan posting di IG Story saya.

“Saya doakan semoga Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga segala urusan dipermudahkan, Insya-Allah, terima kasih,” tulisnya.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Sarah kemudiannya turut memberi respons dengan menulis, “Permohonan maaf secara terbuka daripada pihak sana. TQ very much.”

Terdahulu, Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah menabur fitnah ke atas dirinya berhubung isu melibatkan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Sarah mengemukakan notis saman tersebut menerusi peguamnya, Natasha Basheer & Associates.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Selain tindakan saman sivil (saman fitnah), fitnah juga boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah.

Kanun Keseksaan telah memperuntukkan fitnah sebagai satu kesalahan jenayah yang boleh didenda dan dipenjara jika sabit kesalahan.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan memperuntukkan mengenai kesalahan fitnah.

Tetapi kebanyakan laporan polis oleh pengadu yang diftnah, pengadu akan diminta polis untuk mengambil tindakan sendiri di mahkamah atau rujuk mahkamah.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Dengan kata lain, jika tiada duit agak sukar untuk seseorang membela dirinya dan membersihkan namanya selepas difitnah.

Seksyen 499 menyatakan bahawa jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah.

Lantas, jika sabit kesalahan memfitnah orang lain, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Dalam mendakwa jenayah fitnah, pihak pendakwaan secara umumnya perlu melengkapkan empat elemen pembuktian utama di mahkamah.

Pertama, tertuduh telah membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah. Kedua, kenyataan fitnah tersebut ditujukan kepada mangsa. Ketiga, kenyataan fitnah tersebut dizahirkan kepada orang lain.

Keempat, kenyataan fitnah tersebut telah dibuat dengan niat untuk membahayakan atau merosakkan reputasi mangsa. Jika cukup empat elemen utama ini, maka akan berjalanlah kes pendakwaan itu.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Adalah dinasihatkan kepada semua orang awam, janganlah kita mengeluarkan atau berkongsi sebarang kenyataan yang tidak pasti terutamanya di laman sosial kerana ia berpotensi untuk membawa bencana kepada kita pada masa depan.

Jangan hanya kerana kita mahu tular di media sosial, kita mengeluarkan atau berkongsi kenyataan bersifat tohmahan atau fitnah, yang akhirnya akan membinasakan diri sendiri.

Berita berkaitan: Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Author

Pilihan Editor