HomeHiburanAir mata Neelofa gara-gara kontroversi inai

Air mata Neelofa gara-gara kontroversi inai

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Neelofa gagal menahan air mata ketika reseller atau pembeli inai Nun Ha keluarannya membaca ‘aku janji’ untuk terus memajukan perniagaan produk tersebut.

Menerusi aplikasi TikTok, akaun @partner.nunha berkongsi satu video memaparkan selebriti berusia 33 tahun itu sebak saat perjanjian dibaca sekumpulan ‘reseller’ di hadapannya.

Difahamkan, sesi berkenaan berlangsung dalam sebuah majlis beramah mesra bersama keluarga besar Nun Ha baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan Neelofa beberapa kali mengelap air mata menggunakan tisu sambil cuba ditenangkan oleh suaminya yang juga pendakwah bebas, Haris Ismail.

Antara dilafazkan dalam ‘aku janji’ tersebut adalah mereka memohon maaf dan berterima kasih kepada bekas pengacara MeleTOP itu atas kesabaran serta ketabahan bagi berkongsi rezeki bersama insan lain.

Menjengah di ruangan komen TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan simpati atas isu sensasi yang dilalui Neelofa selain menyifatkan Allah SWT menyayanginya.

Sebelum ini, produk inai Nun Ha terpalit kontroversi apabila Neelofa dan suaminya didakwa bersikap tidak adil kepada stokis dan ejen mereka.

Namun begitu, Haris menjelaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dipercayai membuat kenyataan berbaur fitnah berhubung produk berkenaan.

Author

Pilihan Editor