HomeHiburanPenyanyi baru selamba cium Bunga Citra Lestari

Penyanyi baru selamba cium Bunga Citra Lestari

Oleh: SITI NS

BUNGA Citra Lestari, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, menjadi perbualan orang ramai di media sosial setelah tular satu video memaparkan seorang penyanyi lelaki menciumnya tanpa segan silu.

Bunga mengadakan konsert di Singapura dan turut menjemput beberapa penyanyi lain untuk berganding dengannya di atas pentas semasa konsert berlangsung.

Semasa Bunga sedang berduet bersama Ray atau nama sebenar Muhammad Ray Prasetya, penyanyi tersebut menunjukkan kelakuan yang kurang baik apabila mencium ibu tunggal anak satu itu di atas pentas sehingga membuatkan netizen merasa kurang senang.

Bunga kelihatan terkejut dengan tindakan spontan Ray tetapi tetap berlaku profesional sepanjang persembahannya mungkin kerana tidak mahu membesarkan hal tersebut.

Rata-rata Netizen di media sosial merasakan apa yang dilakukan oleh Ray terhadap Bunga sama sekali tidak sopan dan agak keterlaluan.

“Umurnya masih muda, berani bertindak sedemikian terhadap orang yang lebih tua daripadanya. Hormatilah wanita. Mungkin Bunga juga tidak suka dengan aksi itu tetapi terpaksa menahan marah kerana berada di hadapan ribuan penonton,” ujar netizen di bahagian komen media sosial tersebut.

Setakat sekarang Ray yang mendapat kecaman netizen ataupun Bunga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan perihal hal tersebut.

Sebagai orang lama di dalam dunia hiburan, Bunga mungkin tidak mahu memperbesarkan hal ini demi menjaga nama penyanyi muda tersebut.

Author

Pilihan Editor