HomeSukanPFAM terima laporan tunggakan gaji Sarawak United 4 bulan

PFAM terima laporan tunggakan gaji Sarawak United 4 bulan

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

PERSATUAN Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) telah menerima laporan daripada beberapa orang pemain Sarawak United FC mengenai isu tunggakan gaji pemain yang pada ketika ini sudah memasuki empat bulan.

Berita berkaitan: Isu gaji pemain Sarawak United FC diketengah dalam mesyuarat Kabinet Negeri

Pada 14 Jun yang lepas, pihak PFAM telah mula mengeluarkan notis kepada Sarawak United FC untuk tuntutan tunggakan kepada pemain yang telah melakukan aduan.

Menurut kenyataan di Facebook FAM, susulan turut diberikan kepada Sarawak United FC pada 8 Julai yang lepas.

“Walaupun telah menerima respon daripada pihak kelab untuk melunaskan tunggakan gaji, namun sehingga kini, tunggakan tersebut masih belum dijelaskan sepenuhnya.”

“Lebih mendukacitakan, pada bulan Jun yang lepas, para pemain terpaksa berhadapan dengan situasi menerima notis untuk mengosongkan tempat penginapan mereka kerana bayaran sewa tidak dilunaskan oleh pihak kelab,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Berita berkaitan: Isu gaji pemain Sarawak United FC diketengah dalam mesyuarat Kabinet Negeri

Jelas PFAM, pihak pengurusan kelab sewajarnya memberikan fokus sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan hukuman yang berat dikenakan terhadap pasukan.

“PFAM memandang serius tentang isu tunggakan gaji pemain dan akan membawa perkara ini ke peringkat NDRC dalam masa yang terdekat,” katanya.

Berita berkaitan: Isu gaji pemain Sarawak United FC diketengah dalam mesyuarat Kabinet Negeri

Author

Pilihan Editor