HomeTeknologiTeknologi 5G tidak bahaya, tiada laporan Eropah diterima

Teknologi 5G tidak bahaya, tiada laporan Eropah diterima

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjelaskan tiada laporan diterima dari benua Eropah yang mendakwa teknologi 5G bahaya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya benarkah dakwaan segelintir pihak bahawa ada kajian dari Eropah yang mendakwa 5G beri kesan kanser.

“Kami tidak menerima sebarang laporan dari Eropah yang mengatakan 5G bahaya.

“Saya nak maklumlan dari segi bahaya radiasi, radar lagi bahaya contohnya, kita pasang radar untuk kesan kapal terbang, itu lagi bahaya.

“Tetapi takkanlah kita hendak hentikan pengangkutan udara keluar masuk kerana gelombang radarnya lebih bahaya?

“5G tidak bahaya sangat, kita cuma tambah spektrum 5G iaitu jalur 700MHz, 3.5GHz dan 28GHz.

“Jika ada kajian, laporan mengesahkan ia bahaya, kita boleh batalkan.

“Sebenarnya permintaan 5G sangat tinggi, rakyat marah jika kerajaan tidak sediakan prasarana ini khususnya di kawasan padat penduduk seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, kawasan industri, negara lain sudah buat tetapi Malaysia masih di belakang,” katanya kepada MEDIA VARIASI pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sehingga kini tiada data klinikal yang membuktikan menara teknologi generasi kelima (5G) boleh menyebabkan barah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ‘cerita’ menara telekomunikasi itu sudah lama dicanang sejak 20 tahun dahulu dan sehingga kini tidak data yang menyokong perkara itu.

Katanya, ia termasuk khabar angin berkenaan kesan radiasi daripada telefon bimbit yang diletakkan di telinga, boleh menyebabkan penyakit sama.

Terdahulu pada Khamis, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan @Toqqi mencadangkan pembinaan menara 5G jauh dari penempatan dan tidak lebih daripada 28 gigahertz jika benar radiasinya boleh memudaratkan.

Katanya, masih ada kebimbangan dalam kalangan pengguna kesannya boleh menyebabkan kanser kerana dikatakan kelajuan 5G boleh capai 100 gigahertz namun belum ada kajian khusus di Malaysia.

PPIM menegaskan tidak menentang teknologi, malah memang galakkan jaringan internet yang lebih laju perlu ada kajian oleh universiti atau kementerian terbabit agar boleh menepis persepsi umum kata ia tidak selamat.

Author

Pilihan Editor