HomeTeknologiCari kereta lebih mudah di tempat letak kereta Pavilion Bukit Jalil

Cari kereta lebih mudah di tempat letak kereta Pavilion Bukit Jalil

PAVILION Bukit Jalil kini menawarkan orang ramai teknologi yang akan memudahkan lagi pencarian kereta di tempat letak keretanya menggunakan sistem pencari kereta (CLS).

Menurut laporan portal paultan.org, pengguna boleh sama ada memilih untuk mencari kereta mereka dengan memasukkan nombor plat atau masa masuk mnggunakan paparan skrin sentuh yang terletak di beberapa titik keluar.

Katanya, sistem tersebut akan menunjukkan imejnya dan pengguna dikehendaki mengesahkan sama ada itu memang kenderaannya.

“Selepas pengesahan, dua peta berbeza akan ditunjukkan kepada pengguna. Yang pertama menunjukkan di mana pengguna berada di dalam pusat beli-belah, manakala peta lain memaparkan lokasi kereta di kawasan tempat letak kereta.

“Butiran termasuk tingkat mana kereta diletakkan serta nombor tiang dan ruang letak kereta juga akan ditunjukkan pada skrin sentuh,” lapor portal itu.

Jelasnya, sensor dan kamera yang diletakkan di siling setiap tingkat tempat letak kereta telah menangkap imej kereta itu bersama-sama dengan nombor platnya ketika kereta itu diletakkan di tempat letaknya.

“Setakat ini, satu-satunya lokasi lain dengan sistem ini, dikendalikan oleh tempat letak kereta edisijuta, ialah pusat beli-belah KLCC,” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor