HomeHiburanJenaka 'single' Ryan Bakery selepas nikah undang kecaman netizen

Jenaka ‘single’ Ryan Bakery selepas nikah undang kecaman netizen

PERSONALITI TikTok terkenal, Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 akhirnya selamat melangsungkan pernikahannya dengan wanita pilihan hatinya, Elyia Ibrahim.

Menurut Ryan, setelah lima tahun berkenalan, dia dan isterinya selamat diijab kabulkan pada pagi Sabtu di kampung halaman isterinya di Melaka.

“Setelah lima tahun berkawan. Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku. Tetap setia menanti. Alhamdulillah 1/10/2022, Elyia Ibrahim telah sah menjadi isteriku.

“Terima kasih Ya Allah di atas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke Syurgamu. Aamiin,” katanya menerusi hantaran di Instagramnya.

Sementara ramai meraikan kegembiraan perkahwinan itu, ada juga netizen tidak berpuas hati dengan satu pesanan ‘istimewa’ yang diucapkan Ryan dalam nada jenaka kepada mereka yang masih bujang.

Dalam satu video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, @multazamnasir yang hadir majlis perkahwinan Ryan, Ryan diminta untuk memberi pesanan kepada golongan yang masih ‘single’.

“Teruskanlah hidup walau tidak ‘berguna’,” ujarnya ringkas dalam nada berjenaka dalam video tersebut.

Antara komen netizen yang menjadi perhatian adalah yang mengulas bahawa kenyataannya itu tidak kelakar.

“Kali ni tak kelakar Ryan. Walaupun akak dah nikah. Gurauan jangan berlebih sangat. Boleh jadi ni sebab netizen yang selama ni follow dah beransur unfollow. Akak sekadar nasihat je,” kata netizen itu.

Ada juga yang menegur supaya Ryan lebih berhati-hati dalam percakapannya selepas ini.

“Aku single sebab jaga mak aku Ryan. Celah mana tak berguna tu? Harap lebih berhati-hati bila bercakap Ryan,” kata netizen yang lain.

Video tular yang dimuat naik @multazamnasir itu bagaimanapun telah dipadam dari halaman akaun TikToknya.

Author

Pilihan Editor