HomeBeritaEPL: United kecundang, debut terbaik Unai Emery buat Aston Villa

EPL: United kecundang, debut terbaik Unai Emery buat Aston Villa

PENGURUS Aston Villa yang baru dilantik, Unai Emery, memulakan debutnya dengan bergaya setelah membawa pasukan menewaskan Manchester United 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris 2022/2023, di Villa Park, pada Ahad.

Aston Villa tampil garang dalam perlawanan melalui jaringan Leon Bailey pada minit ke-7 yang menyempurnakan hantaran Jacob Ramsey.

Lucas Digne menambah duka United untuk meletakkan Villa mendahului 2-0 empat minit kemudian dengan rembatan padu sepakan percuma untuk menewaskan penjaga gawang United, David De Gea.

Bintang sensasi, Cristiano Ronaldo yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan ini gagal menjaringkan gol buat United melalui percubaan pada minit ke-34 yang diselamatkan penjaga gol, Emiliano Martinez.

Manchester United berjaya merapatkan jurang gol sebelum babak pertama perlawanan berakhir hasil jaringan gol sendiri Jacob Ramsey.

Jacob Ramsey menebus kesilapannya dengan menjadi watak penting buat Villa dalam perlawanan ini menerusi jaringan ketika pasukannya sebaik sahaja perlawanan bersambung pada separuh masa kedua.

Pengurus United, Erik Ten Hag memasukkan dua penyerang Anthony Martial dan Antony Elanga pada minit-65 untuk menggandakan serangan bagi memburu gol setelah ketinggalan dengan jaringan dua gol.

Namun, percaturan tersebut dilihat tidak menjadi dengan Villa terus tampil aksi konsisten hingga ke hujung perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat Umai Emery sebagai pengurus Aston Villa.

Author

Pilihan Editor