HomeBeritaPolitikAnwar, jumpa di mahkamah – Muhyiddin Yassin

Anwar, jumpa di mahkamah – Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA: Presiden Bersatu, Tan Seri Muhyiddin Yassin memaklumkan menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beliau sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes berkenaan mengikut lunas undang-undang susulan Anwar memilih untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

“Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengemukakan saman terhadap Muhyidin berhubung dakwaannya bahawa Anwar menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor semasa berkhidmat sebagai penasihat ekonominya.

Saman fitnah difailkan oleh peguam cara, SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak perdana menteri itu menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaan yang dibuat pada 5 Disember dalam kempen bagi calon PN, Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim, menjelang pilihan raya Parlimen Padang Serai.

Author

Pilihan Editor