HomeTeknologiTelefon pintar Tesla bakal jadi pesaing baharu iPhone

Telefon pintar Tesla bakal jadi pesaing baharu iPhone

TELEFON pintar keluaran Syarikat Tesla, Pi (π) Phone dilihat bakal menjadi pesaing baharu kepada telefon pintar keluaran Apple, iPhone.

Ketika iPhone dilihat menjadi peneraju dalam industri telefon pintar dengan beberapa spesifikasi dan teknologi yang menarik ramai pengguna, Pi Phone dikhabarkan akan menawarkan spesifikasi dan teknologi yang lebih canggih.

Khabar mengenai Pi Phone mulai tular apabila pereka grafik Itali, Antonio De Rosa berkongsi model grafik Pi Phone dalam video di saluran YouTubenya.

Walaupun De Rosa menyebut bahawa model grafik itu tidak berkaitan dengan Tesla dan semua gambar itu hanyalah penghormatan, namun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk mengesahkan penghasilan Pi Phone adalah benar dan sedang dalam pembangunan.

CEO Twitter itu mengesahkannya dalam satu ciapan di Twitternya bagi menjawab kepada persoalan yang timbul jika Syarikat Apple dan Google menghalang daripada Twitter dapat diakses menerusi daripada App Store.

“Saya pastinya berharap ia tidak sampai begitu, tetapi, ya, jika tidak ada pilihan lain, saya akan membuat telefon alternatif,” jawab Musk dalam satu ciapannya.

Pi Phone ialah telefon pintar yang dilaporkan kelihatan futuristik dan akan dikeluarkan pembuat kereta elektrik (EV) Tesla seperti yang didakwa Musk.

Pi Phone dikhabarkan mempunyai empat kamera dan kamera hadapan sub-skrin, dan dikatakan bahawa kameranya akan sangat berkuasa sehinggakan dapat menangkap imej ‘Milky Way’.

Telefon tersebut boleh dicas dengan kuasa solar dengan mengecasnya hanya dengan mengekalkannya di bawah cahaya matahari dan boleh digunakan untuk mengawal kereta Tesla sebagai alat kawalan jauh, lapor beberapa portal berita.

Telefon tersebut juga dilaporkan boleh berfungsi di Planet Marikh, mempunyai keserasian Neuralink, melombong mata wang kripto, dan akan menjadi telefon satelit pertama yang tersedia untuk orang ramai.

Beberapa laporan mendakwa Pi Phone mungkin menampilkan antena yang akan memautkannya dengan Starlink dan akan membantunya berfungsi di Marikh, di samping mempunyai akses kepada kelajuan muat turun sehingga 210 Mbps.

Pi Phone juga dilaporkan akan berfungsi dengan Neuralink, iaitu projek Elon Musk yang berfungsi membangunkan antara muka mesin jalur lebar ultra-tinggi untuk menghubungkan otak manusia ke komputer.

Telefon itu juga akan melombong mata wang kripto (Mars Coin) di mana pengguna akan dapat menggunakannya di Marikh sambil telefon itu juga akan berfungsi sebagai dompet kripto pengguna.

Pi Phone juga dikatakan akan menjadi telefon satelit pertama yang boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.

Dengan begitu banyak ciri-ciri istimewa yang ditawarkan oleh Pi Phone, berapakah agaknya harga jualannya di Malaysia nanti, dan adakah ia mampu mengatasi jualan iPhone? Sama-sama kita nantikan.

Author

Pilihan Editor