HomeBeritaPolitikPRN: Kerjasama BN-PH belum ada kata putus – Tok Mat

PRN: Kerjasama BN-PH belum ada kata putus – Tok Mat

CYBERJAYA: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang perbincangan sama ada untuk bekerjasama atau sebaliknya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tidak mahu mengulas panjang berhubung perkara itu dan hanya menyerahkan kepada parti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Biar parti berbincang antara parti. Saya tak nak komen sebab parti belum berbincang apa- apa lagi,” katanya seperti dilapor Kosmo hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian ketika menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau di Dewan Agora, pada Khamis.

Beliau mengulas isu berkenaan susulan media bertanya mengenai kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PH Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan keyakinan untuk memenangi PRN sekiranya terdapat kerjasama dengan BN, semalam.

Untuk rekod, DUN Negeri Sembilan ketika ini diwakili 20 ahli PH dan 16 BN daripada keseluruhan 36 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Author

Pilihan Editor