HomeTeknologiTwitter bakal perkenal ciri tweet panjang pada awal Februari

Twitter bakal perkenal ciri tweet panjang pada awal Februari

ELON Musk dalam tweetnya pada Ahad mendedahkan Twitter akan melalui beberapa perubahan dari segi antara muka, selain pengenalan ciri baharu dalam tempoh sebulan dua ini.

Termasuk dalam pengenalan ciri baharu ialah pengenalan ciri yang sudah lama dinantikan pengguna iaitu sokongan untuk perkongsian Tweet yang panjang.

Buat masa ini, Twitter mengehadkan perkongsian kepada hanya 280 aksara sahaja.

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengatakan Twitter mungkin menyokong perkongsian sehingga 4,000 aksara melalui aplikasinya.

Langkah ini akan membolehkan pengguna berkongsi artikel atau membuat perkongsian panjang, tanpa perlu memecahkannya kepada beberapa Tweet berbeza.

Elon Musk menyasarkan untuk memperkenalkan ciri ini pada awal Februari 2023 ini.

Author

Pilihan Editor