HomeMV+BongkarBekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

Bekas ratu cantik dedah hubungan sesama jenis di pusat pemulihan

KUALA LUMPUR: Pusat pemulihan yang berlandaskan unsur keagamaan sewajarnya berfungsi untuk memulih dan membawa ke jalan kebaikan.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang bekas ratu cantik membuat pendedahan berhubung sebuah pusat pemulihan yang didakwa melahirkan ramai pasangan sesama jenis.

Pendedahan bekas ratu cantik, Nor Shakila Mohammad Saiful Islam, kali ini lebih mengejutkan apabila didapati ramai pasangan lesbian dan gay yang menghuni sebuah pusat pemulihan dek kerana dikurung setempat dalam tempoh bertahun-tahun.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

Nor Shakila

Nor Shakila, 27, yang juga bekas penghuni pusat pemulihan berdaftar di Hulu Langat, menceritakan dia terkejut melihat hampir semua penghuni senior mempunyai pasangan lesbian di dalam bilik kurungan.

Katanya, dia diberitahu perkara itu selepas berbual dengan penghuni kira-kira 20 orang di dalamnya.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

“Mengikut surat aku janji yang disediakan pusat pemulihan itu, pelatih tidak boleh pulang bersama keluarga selama dua hingga tiga tahun.

“Mereka ditempatkan di dalam bilik kurungan seperti penjara, tiada aktiviti lain kecuali berbual sesama pelatih di dalamnya.

“Pelatih wanita diasingkan, menetap di tingkat atas manakala lelaki di bahagian bawah bangunan.

“Namun kerana tempoh yang lama kurungan, pelatih akhirnya bermain cinta sesama jenis, mereka tanpa segan bercium berpelukan di depan penghuni lain,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

Bekas pramugari itu turut mendedahkan bahawa dua minggu sebelum keluar dari pusat terbabit, salah seorang penghuni mengakui sendiri kepadanya bahawa dia adalah ‘partner‘ lesbian kepada warden perempuan dengan panggilan Bonda di pusat berkenaan.

“Saya pelik apabila setiap kali dia (partner) ada bacaan yasin ramai-ramai, dia dan Bonda duduk sebelah menyebelah bermain mata, tapi saya tak fikir jauh lagi ketika itu.

“Lagi pelik dia selalu dapat barang keperluan, telekung, ‘deodorant‘, dan saya tanya mana dapat semua barang ni sebab mak ayah dia tak pernah datang sepanjang saya berada di sana, dan dia beritahu dapat daripada Bonda.

“Dua minggu sebelum saya keluar dari pusat itu, dia beritahu partner lesbian dia adalah Bonda, dan itu ‘make sense‘ kenapa saya rasa pelik,” katanya.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

Pelakon dan model itu mendakwa Bonda yang dimaksudkan adalah isteri kepada presiden pusat tetapi tidak pasti yang kedua atau ketiga, dan bekas penghuni pusat pemulihan sama.

Nor Shakila adalah mangsa baharu mengalami pengalaman sama seperti beberapa mangsa lain di pusat sama namun cawangan berlainan, yang dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum ini.

Nor Shakila dimasukkan ke pusat pemulihan itu disebabkan gangguan mistik (histeria) selama 40 hari, dan pernah dikurung serta didera sehingga mengalami tekanan emosi, cedera di lengan akibat dipukul tiga batang kayu buluh yang diikat bersama sehingga kulitnya terbelah dua, benjol di kepala dan mata biru lebam, selain kepala pernah dihempas ke lantai.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

Dia mendakwa, diberitahu penghuni senior, ada penghuni lelaki direkrut untuk berjihad ke Indonesia ketika majlis maulid setiap malam Isnin, kononnya sebagai persediaan menghadapi peperangan termasuk menceritakan pengalaman memegang senjata M16, selain pusat menghasilkan penghuni yang berhadapan isu kesihatan mental setelah dikurung dan didera.

Bekas pramugari itu juga turut mendedahkan, presiden pusat berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh sehingga membuatkan dirinya trauma, namun sudah membuat satu akuan bersumpah (SD) mengenai pengalamannya di pusat berkenaan.

Untuk rekod, Nor Shakila merupakan seorang pelakon, model, perunding kecantikan serta pemegang gelaran Miss Lumiere International World Borneo 2021, Miss India Worldwide Malaysia 2018 (Miss Beautiful Skin), Miss Malaysia Kebaya 2017/2018, Ratu Kebaya 2017, Ratu Cheongsam 2017 dan Miss Petite Malaysia World 2016 di tempat ketiga yang juga memegang kategori Miss Popularity.

Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara

Author

Pilihan Editor