HomeMV+EksklusifDedah maklumat peribadi anak-anak Emilia, cabul hak asasi - Peguam

Dedah maklumat peribadi anak-anak Emilia, cabul hak asasi – Peguam

KUALA LUMPUR: Peguam pemerhati kes keganasan rumah tangga Emilia Hanafi menegur satu akaun Instagram berhubung pendedahan keterlaluan maklumat peribadi anak-anak yang boleh melanggar hak asasi kanak-kanak berkenaan.

Nizam Bashir dari firma guaman Tetuan Nizam Bashir & Associates berkata, maklumat seperti nama sekolah, yuran dan lain-lain semua nampaknya disiarkan oleh akaun Instagram berkenaan.

Peguam pemerhati, Nizam Bashir

“Secara alternatif, maklumat persekolahan tersebut adalah peribadi kepada kanak-kanak tersebut. Tambahan pula ketiga-tiga kanak-kanak ini masih dibawa umur.

“Persoalannya bagaimana suatu pihak ketiga boleh mendapat akses kepada maklumat peribadi kanak-kanak tersebut?

“Siapa yang membekalnya kepada pemilik akaun berkenaan? Pihak kolej atau sekolah?

“Emilia sebagai penjaga tidak memberi kebenaran untuk maklumat tersebut didedah untuk melindungi keselamatan anak-anak.

“Jadi penyiaran maklumat tersebut adalah bercanggah kepada hak keperibadian kanak-kanak tersebut,” katanya.

Tambahnya, jadi komen-komen dengan maklumat peribadi kanak-kanak tersebut wajar dielak demi kemaslahatan kanak-kanak tersebut.

“Apa pun, wajar elak komen-komen yang menjurus kepada isu yang dihadapan Mahkamah kerana ianya adalah “subjudice”,” katanya.

Emilia, 43, memberikan keterangan di Mahkamah Majistret pada Jumaat lalu, mendedahkan wang nafkah RM6,000 sebulan diberikan ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin untuk tiga anak mereka tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan.

Susulan daripada itu, sebuah portal melaporkan Instagram tersebut ada berkongsi bukti bahawa SM Faisal turut menampung yuran pembelajaran ratusan ribu ringgit kepada tiga orang anaknya sejak dahulu sehingga sekarang.

Ia mendakwa yuran persekolahan mereka di Sekolah Antarabangsa terkemuka turut dibayar oleh ayah mereka.

Sebelum mereka berpindah ke sekolah antarabangsa tersebut, yuran-yuran sekolah untuk antarabangsa yang terdahulu juga turut dibayar oleh bapa mereka.

Walaupun pada ketika itu Emilia tidak menghantar anak-anak ke sekolah terdahulu kerana mengikut arahan mahkamah utk anak-anak kekal di sekolah sediakala apabila permohonan injuksi bapa ditolak mahkamah.

Author

Pilihan Editor