HomeTeknologiTwitter mahu caj US$1,000 untuk kekalkan tanda semak emas akaun

Twitter mahu caj US$1,000 untuk kekalkan tanda semak emas akaun

CYBERJAYA: Twitter dilaporkan akan mengenakan caj bayaran sebanyak US$1,000 kepada pemilik akaun Twitter organisasi atau syarikat untuk mengekalkan tanda semak emas akaun mereka.

Memetik laporan The Information, pihak yang tidak membayar yuran US$1,000 sebulan akan kehilangan tanda semak emas mereka, walaupun masih tidak jelas bila perkara itu akan dilaksanakan.

Terdapat outlet mendedahkan mesej dalaman yang diterima menerusi emel mereka menunjukkan mesej Twitter ingin mengenakan caj tambahan US$50 sebulan untuk menambah tanda semak pada setiap akaun yang bergabung dengan perniagaan.

Perunding media sosial, Matt Navarra mendedahkan tangkap layar yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti emel antara pengurus produk Twitter Evan Jones dan perniagaan yang tidak dinamakan.

“Sebagai pelanggan akses awal, anda akan mendapat tanda semak emas untuk organisasi anda dan lencana gabungan untuk sekutunya.

“Jika anda ingin melanggan, Disahkan untuk Organisasi ialah US$1,000 sebulan dan US$50 setiap pemegang gabungan tambahan setiap bulan dengan satu bulan gabungan percuma,” tulis emel tersebut.

Navarra kemudian menyusuli dengan satu lagi tangkap layar mesej langsung antara perniagaan lain dan pengurus produk di Twitter, yang sekali lagi mengesahkan kadar US$1,000 sebulan.

Setakat ini, Twitter masih belum mendedahkan secara rasmi sebarang maklumat harga untuk langganan Pengesahan untuk Organisasi dan mula menawarkan akses awal kepada program itu bulan lepas.

Author

Pilihan Editor