HomeGaya HidupJom MakanRasai keunikan ‘SoYou’ di Wagyou Grill

Rasai keunikan ‘SoYou’ di Wagyou Grill

 

JIKA anda ke kedai makan Wagyou Grill, rasanya tak lengkap kalau tak cuba rasai minuman istimewa yang dikenali ‘SoYou’.

Mungkin, ada sebilangan pihak beranggapan air berperisa buah-buahan yang diletak dalam botol kaca berwarna hijau itu seakan sama seperti soju di Korea.

Bagaimanapun, air SoYou yang disaji di Wagyou Grill diyakini bebas alkohol dan selamat diminum oleh umat Islam.

Menurut pembantu pengurus Wagyou Grill, Noor Fazlee Lai, pihak pengurusan kini dalam proses mematuhi sijil halal di Malaysia.

Kru MEDIA VARIASI turut mengambil peluang merasai sendiri air SoYou di kedai tersebut dan mendapati, rasanya seperti air buah-buahan namun sedikit pahit-kelat.

Bagaimanapun, SoYou lebih menarik diminum bersama vitagen putih kerana memberi rasa yang seimbang.

Terdapat enam jenis perisa SoYou iaitu perisa buah mangga, strawberi, pic, nanas dan yang terbaharu adalah epal dan anggur.

Menurut Noor Fazlee, SoYou sememangnya lebih enak dicampur dengan vitagen putih.

“Kalau tengok cerita Korea, diaorang minum soju dengan yogurt, jadi kami dapat idea untuk try SoYou diminum bersama vitagen putih.

“Kalau try dengan vitagen lain tak ngam,” selorohnya.

Setakat Mac 2023, Wagyou Grill mengembangkan operasinya di empat cawangan iaitu di Bangi, , Ceruk Ampang, The H Hartamas dan TTDI.

Menurutnya, kedai makanan yang popular dengan sajian daging wagyu itu akan memperluaskan perniagaannnya di beberapa kawasan lain selepas musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Ditanya berhubung promosi menjalan Ramadan, Nor Fazlee berkata, Wagyou Grill turut menawarkan promosi menarik iaitu dengan membeli baucar RM70, pelanggan akan mendapat sajian bernilai RM100.

Berikut senarai menu yang ditawarkan (Normal Day):

Set Single (1pax): Itaewon (RM29.80), Jeju (RM48.80), Gangnam (RM65.80), Sultan (RM88.80)

Set Family (3-5pax): Itaewon (RM135.80), Jeju (RM175.80), Gangnam (RM225.80), Sultan (RM268.80).

Kids Combo: RM9.90

Kids Meal: RM4 – RM6.90

Author

Pilihan Editor