HomeTeknologiKenapa Amerika nak ‘banned’ TikTok ? - Ini faktor anda perlu ketahui

Kenapa Amerika nak ‘banned’ TikTok ? – Ini faktor anda perlu ketahui

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, kecoh mengenai isu negara Amerika Syarikat yang mahu mengharamkan aplikasi TikTok.

Mungkin ada sebilangan yang beranggapan perkara itu tidak penting buat kita di Malaysia namun menurut seorang penulis buku, Ahmad Faezal, ada faktor tersendiri yang harus dititikberatkan masyarakat berhubung isu berkenaan.

Ahmad Faezal menerusi akaun Twitter miliknya berkata, antara faktor pengharaman TikTok ini mahu dilaksanakan adalah untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran data khususnya membabitkan isu keselamatan negara.

Menurutnya, pada 1 Jun 2017, China menguatkuasakan Cybersecurity Law yang berkaitan dengan data dan di bawah undang-undang itu, syarikat di China tidak boleh menolak jika kerajaan China minta data.

Katanya, CEO ByteDance, Zhang Yiming menyatakan mereka akan bekerjasama dengan kerajaan China dalam hal dasar polisi.

Untuk pengetahuan, aplikasi TikTok ini diharamkan di China namun, dalam negara itu memiliki aplikasi Douyin yang hampir sama dengan TikTok kerana cara penggunaan yang sama dan mempunyai algoritma yang hampir sama.

Difahamkan, data Douyin disimpan dalam China manakala data TikTok pula disimpan di luar China akan tetapi, polisi peribadi boleh dikongsi dengan kerajaan China.

“Antara sebab inilah ramai dalam kalangan ahli kerajaan Amerika tidak bersetuju kerana kalau Kerajaan China meminta data, pasti syarikat ByteDance harus memberikan kepada mereka.

“Tambahan, untuk pengguna menggunakan aplikasi TikTok, kita perlu memberi keizinan kepada beberapa benda seperti lokasi dan data biometrik dan sebab inilah Amerika ingin mengharamkan aplikasi TikTok kerana risau jika tentera Amerika menggunakan TikTok di pangkalan data yang mempunyai ancaman keselamatan,” kongsinya.

Katanya lagi, Menteri Amerika ketika itu Donald Trump mula mengharamkan aplikasi tersebut menggunakan ‘serangan lima fasa’, iaitu bermula dengan tidak membenarkan memuat turun aplikasi tersebut dari App/PlayStore.

Namun, syarikat ByteDance memberi serang balas dengan membuka kes di ‘district Court’, Amerika akan tetapi tidak lama kemudian, kes itu ditendang keluar selepas Trump kalah pada tangan Joseph R. Biden dalam Pilihan Raya Amerika.

Bagaimanapun, sewaktu zaman pemerintahan Biden, TikTok turut diharamkan dalam semua telefon pintar kerajaan.

“No TikTok on government devices”, selepas tiga bulan, 32 negara Amerika Syarikat haramkan TikTok, pekerja kerajaan negeri pula tidak dibenarkan memuat turun aplikasi TikTok dalam telefon pintar milik kerajaan dan banyak universiti sudah mula mengharamkan TikTok di kampus.

“Bukan senang nak haramkan Tiktok sebenarnya. Biden kalau sign apa-apa executive order haramkan terus, TikTok boleh cabar guna undang-undang.

“Sebab aras US sama rata: White House, Congress, SUpreme Court (SCOTUS). Sama rata. Separate but co-equal. Ketiga-tiga kena setuju. Kalau White House dan Congress saja ban, ByteDance boleh cabar guna SCOTUS. Sebab tu boleh kata langgar First Amendment,” jelasnya.

Rentetan isu terbabit, Ahmad Faezal beranggapan masyarakat kini perlu mencari alternatif lain selain daripada TikTok kerana jika platform itu diharamkan, ia akan menjejaskan ramai pihak termasuklah mereka yang berniaga secara dalam talian menerusi aplikasi berkenaan.

Oleh: Ain Japri (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor