HomeTeknologiAI CV Maker bantu hasilkan CV digital patuh ATS secara percuma

AI CV Maker bantu hasilkan CV digital patuh ATS secara percuma

CYBERJAYA: Krenovator Technology Sdn. Bhd. memperkenalkan AI CV Maker untuk membantu bakat-bakat teknologi menghasilkan curriculum vitae (CV) secara digital dalam platform Krenavator yang mematuhi format Applicant Tracking System (ATS) yang boleh dimuat turun oleh pengguna.

Malah, Krenovator AI CV Maker boleh segera digunakan mulai sekarang di seluruh dunia tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ia adalah alat AI terkini yang ditambah dalam platform selepas pelancaran pembantu pengekodan AI Abraham baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator, Mahadhir Yunus berkata, kewujudan AI CV Maker ini didorong oleh cabaran yang dihadapi oleh bakat teknologi dalam penulisan CV.

“Mewujudkan CV yang menarik perhatian pengurus pengambilan pekerja adalah suatu cabaran biasa yang dihadapi oleh ramai bakat teknologi. Menyedari hakikat inilah, kami terdorong untuk menawarkan pembuat CV berkuasa AI melalui platform kami, dengan kelebihan menghasilkan CV yang berformat ATS,” katanya.

CV yang mematuhi ATS adalah penting kerana ia membolehkan pengguna di Krenovator yang sedang mencari pekerjaan jauh untuk menyampaikan kelayakan dan latar belakang mereka menggunakan format yang telah diterima oleh syarikat pengambilan pekerja di seluruh dunia.

Selain itu, fungsi penting lain Krenovator AI CV Maker ialah ia membantu mengurangkan ralat, terutamanya dalam hal bahasa.

Sebagai tambahan kepada format PDF, setiap CV yang dibuat akan tersedia dalam talian dalam domain awam melalui pautan web khusus untukmemudahkan majikan mengaksesnya pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja. Contohnya: app.krenovator.io/cv/NAMA.

“Krenovator kekal komited untuk menyediakan alatan AI kepada komuniti bakat teknologi kami, dan AI CV Maker ini hanyalah satu contoh dedikasi kami,” ujarnya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor