HomeTeknologiTeknologi AI berisiko mudaratkan kesihatan manusia - Pakar

Teknologi AI berisiko mudaratkan kesihatan manusia – Pakar

 

CYBERJAYA: Para pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) berisiko memudaratkan kesihatan dan menimbulkan ancaman kepada berjuta-juta manusia.

Berdasarkan laporan diterbitkan oleh jurnal MJ Global Health, pakar-pakar kesihatan dari Britain, Amerika Syarikat (AS), Australia, Costa Rica dan Malaysia menggesa pembangunan teknologi AI dihentikan sehingga ia berjaya dikawal selia, lapor The Guardian.

Meskipun AI berpotensi merevolusikan sistem penjagaan kesihatan namun, AI masih memberi impak negatif kepada manusia.

Antara risiko yang berpotensi memudaratkan pesakit adalah seperti isu keselamatan data dan privasi serta penggunaan AI dalam cara yang memburukkan lagi ketidaksamaan sosial dan kesihatan.

Selain itu, penggunaan oksimeter dipacu AI yang tersilap menganggar tahap oksigen dalam darah pesakit berkulit gelap yang dikhuatiri menjejaskan rawatan hipoksia.

Bukan itu sahaja, AI turut membahayakan berjuta-juta orang melalui kawalan dan manipulasi orang ramai, penggunaan senjata autonomi yang membawa maut serta kesihatan mental akibat pengangguran sekiranya ia menggantikan sejumlah besar pekerja.

“Walaupun terdapat banyak faedah untuk menamatkan pekerjaan yang berulang, berbahaya dan tidak menyenangkan, kita tahu bahawa pengangguran juga dikaitkan dengan kesan kesihatan dan tingkah laku yang buruk akibat peristiwa itu,” kata pakar.

 

Author

Pilihan Editor