HomeTeknologiWhatsApp Channel ‘coming soon’!

WhatsApp Channel ‘coming soon’!

 

CYBERJAYA: WhatsApp kini dilihat giat membangunkan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Channels.

Difahamkan ciri Channels ini akan berfungsi seperti ciri yang wujud dalam aplikasi Telegram Channel.

Menerusi ciri tersebut, perkongsian pengguna boleh dihantar kepada penerima secara sehala sahaja.

Secara tidak langsung, ciri tersebut memudahkan pemilik saluran seperti berita, komuniti dan sebagainya, yang membolehkan kemaskini dikongsikan tanpa perlu risau akan lambakan mesej balas daripada pengguna lain, lapor amanz.

Selain itu, ciri berkenaan akan memastikan seluruh data para pengikut sesuatu saluran kekal terjaga.

Malah, ia sekaligus memudahkan mengikuti kemaskini berkenaan sesuatu perkara dan pada masa yang sama menjaga privasi masing-masing.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum diketahui lagi waktu untuk ciri WhatsApp Channel diperkenalkan secara meluas.

Author

Pilihan Editor