HomeTeknologi‘WhatsApp Payment’ diperluas ke Singapura, mudahkan pengguna bayar 'direct' dari WhatsApp

‘WhatsApp Payment’ diperluas ke Singapura, mudahkan pengguna bayar ‘direct’ dari WhatsApp

 

CYBERJAYA: WhatsApp kini semakin maju di Asia Tenggara apabila baru-baru ini, memperkenalkan ciri pembayaran bagi pengguna aplikasi itu di Singapura.

Ciri pembayaran tersebut yang telah digunakan di India dan Brazil, nyata memudahkan urusan pengguna melakukan pembayaran kepada perniagaan di Singapura terus melalui aplikasi WhatsApp.

WhatsApp yang dimiliki oleh Meta telah bekerjasama dengan Stripe untuk melancarkan ciri berkenaan di rantau ini, lapor Techcrunch.

Ciri pembayaran itu dibina menerusi penggunaan penyelesaian Stripe Connect dan Stripe Checkout, menjadikan pembayaran dalam aplikasi tersedia dalam dan luar talian.

Malah, pelanggan boleh membayar perniagaan menggunakan kad kredit, kad debit atau sistem pemindahan dana PayNow Singapura.

Ciri pembayaran itu bakal memudahkan para pengguna untuk melakukan pembayaran tanpa perlu meninggalkan ruang sembang di aplikasi terbabit.

Kemasukan ciri pembayaran WhatsApp di Singapura nyata menarik perhatian sebilangan rakyat Malaysia sehingga ada yang tidak sabar ciri tersebut diperluaskan di negara ini.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak diketahui lagi sama ada ciri pembayaran itu akan diperluaskan ke pasaran Malaysia.

Author

Pilihan Editor