HomeHiburanNetizen akui wajah Mizz Nina dan Essam seiras, doa jodoh berkekalan

Netizen akui wajah Mizz Nina dan Essam seiras, doa jodoh berkekalan

DALAM beberapa minggu ini, industri hiburan tanah air diwarnai berita pernikahan artis Malaysia seperti pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann, Shuib Sepahtu dan isteri baharunya, Watie, pernikahan manis antara MK K-clique bersama Siti Hajaar dan satu lagi yang menarik perhatian iaitu pasangan Mizz Nina dan Essam Muhammad.

Baru-baru ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 43, memuat naik video di Insta-Story memaparkan dia bersama suaminya, Essam yang merupakan penyanyi rap di Amerika Syarikat menaiki motosikal di Rotterdam, Belanda.

Foto rakaman video tersebut turut tular di media sosial sehingga keakraban pasangan itu menaiki motosikal dengan bersahaja membuatkan rata-rata netizen tumpang gembira akan perkahwinan baharu Mizz Nina.

Malah, ada juga yang beranggapan bahawa wajah Mizz Nina seakan mirip dengan Essam.

“Sama muka depa” tulis warga net.

“Muka diorang agak serupa,” komen lagi seorang netizen.

Mizz Nina yang turut aktif dalam aktiviti keagamaan sebelum ini mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Essam dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Menurutnya, tujuan ikatan itu terjalin berlandaskan iman kerana Allah SWT.

“Dunia ini hanya sementara, manakala hari akan datang belum pasti lagi. Kami sepakat perkahwinan ialah sebuah ikatan dalam membina persefahaman dan kasih sayang serta ketenangan.

“Paling penting, kami dapat bersama-sama menuju ke syurga,” katanya.

Untuk rekod, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022.

Author

Pilihan Editor