HomeBeritaViralAksi maskot harimau Maybank jatuh cuit hati netizen

Aksi maskot harimau Maybank jatuh cuit hati netizen

CYBERJAYA: Aksi maskot harimau dari kontinjen Maybank terjatuh ketika raptai perarakan mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video TikTok @nanaaaanera_ kelihatan maskot harimau yang berada di barisan akhir secara tiba-tiba terjatuh sewaktu melambai kepada penonton.

Pada mulanya maskot harimau berdiri di atas sebuah platform namun ditolak oleh seseorang.

Bagaimanapun, selepas terjatuh, maskot harimau itu dilihat bangkit berjalan untuk meneruskan perarakan.

Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen turut mengaitkan maskot itu dengan aplikasi Maybank yang sering menyuruh pengguna menukar kata laluan.

https://www.tiktok.com/@nanaaaanera_/video/7272713965036129537?_r=1&_t=8fI6C6Zmyjy

“Kes terkejut tengok sotong CIMB kat skrin tu la,” seloroh netizen.

“Ni kifarah asyik kena tukar password je tak tahu nak letak apa dah passwordnya,” luah netizen.

“Aiyo, Maybank tak boleh jatuh, I takut gaji I jatuh juga,” gurau netizen.

“Maybank down patut lah tak buka Maybank tadi,” kongsi netizen.

 

Author

Pilihan Editor