HomeEkspresiFestival Bon Odori meriah di Shah Alam!

Festival Bon Odori meriah di Shah Alam!

JEPUN yang sinonim dengan gelaran ‘negara matahari terbit’ sememangnya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, dari lokasi, bahasa, makanan sehinggalah ke unsur budaya, Jepun seolah-olah mempunyai pesona tersendiri.

Bercerita tentang budaya dan perayaan di Jepun, terdapat sebuah perayaan tradisi dikenali Bon Odori disambut gilang-gemilang baik di negara itu mahupun luar negara.


Apa itu Bon Odori?

Bon – kadang-kadang disebut sebagai Obon – ialah adat resam masyarakat Jepun yang beragama Buddha sebagai menghormati roh nenek moyang mereka. Roh berkenaan dikatakan akan melawat mazbah di rumah sebelum dihantar pulang semasa upacara pada akhir perayaan.

Ia secara tradisinya berlangsung selama tiga hari dari hari ke-15 bulan kesembilan dalam kalendar lunar Cina/Jepun. Keanehan dalam peralihan Jepun daripada kalendar lunar kepada kalendar Gregorian bermakna pelbagai wilayah di negara itu kini meraikan perayaan berkenaan pada tarikh yang berbeza.

Bon Odori adalah sekadar tarian yang dipersembahkan semasa Bon dengan orang ramai lazimnya membentuk satu bulatan dan menari di sekitar pentas (dipanggil ‘Yagura’) dan diiringi oleh persembahan muzik.

Pesta Bon Odori yang berasal dari Jepun telah disambut di Malaysia sejak beberapa dekad lalu.

Baru-baru ini, MEDIA VARIASI turut berpeluang mengunjungi festival Bon Odori ke-47 yang diadakan di Kompleks Sukan Shah Alam.

Berikut adalah sebilangan momen-momen yang sempat dirakam dari mata lensa MEDIA VARIASI:

• Ramai pengunjung yang hadir berbusana kimono sekali gus menghidupkan suasana sambutan Bon Odori ke-47.

  • Ada juga yang hadir untuk bersantai bersama insan tersayang sambil menikmati suasana pesta yang meriah.

• Para peserta mempersembahkan lagu serta tarian tradisi Jepun di atas pentas

 

 

 

Author

Pilihan Editor