HomeHiburan'Jumpa awak di alam lain' - Sharifah Sakinah label Nad Zainal narsisistik?

‘Jumpa awak di alam lain’ – Sharifah Sakinah label Nad Zainal narsisistik?

CYBERJAYA: Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan rakan baiknya, Nad Zainal yang mengakui tidak kisah jika kehilangan kawan.

Menerusi hantaran Instagram, Sakinah memuat naik tangkap layar hantarannya terdahulu ketika mendoakan dan berharap Nad akan sedar ketika sedang bertarung nyawa di hospital.

Sakinah memberi bayangan seolah-olah akan memutuskan persahabatannya dengan Nad Zainal yang dianggap sebagai narsisistik.

“Dah boleh delete kot post ini. Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar.

Say words from the heart, put your feet on the ground. Your narcissistic thoughts, fake words and in denial action will become your destiny,” katanya.

Nad yang popular dengan drama Takdir Yang Tertulis ketika ditemu bual Hlive mengakui dia tidak mempedulikan sekiranya hilang rakan dari radar dan menganggap perkara tersebut seperti di zaman sekolah.

Susulan pengakuannya itu, pelakon, Nabila Huda tampil memberi respon terhadap pengakuan Nad dengan memaklumkan dia tidak mengenali selebriti terbabit.

Malah, Selebriti Sherry Alhadad turut mengakui kali terakhir dia berhubung dengan Nad adalah sebelum dia mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Ismail.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November lalu.

Sehubungan itu, rakan-rakan selebriti membuat tabung dana khas untuk membantu keluarga Nad Zainal membiayai bil hospital.

Author

Pilihan Editor