HomeTeknologiTikTok akan halang pautan laman e-dagang pesaing

TikTok akan halang pautan laman e-dagang pesaing

SEJAK kebelakangan ini pelbagai platform media sosial mula menghalang perkongsian pautan ke platform pesaing.

Baru-baru ini X akan membuang paparan pratonton pautan dan memperlahankan proses membuka pautan ke laman pesaing diikuti dengan aplikasi popular, TikTok yang ingin melakukan perkara sama.

The Information melaporkan, TikTok akan menghalang perkongsian pautan ke laman e-dagang pesaing di platform mereka. Ini bermakna selepas perkongsian pautan TikTok Shop sahaja dibenarkan. Ini besar kemungkinan kerana ramai membeli barangan yang tular di TikTok Shop di laman e-dagang lain.

Buat masa ini TikTok dikatakan hanya akan menghalang pautan Amazon di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Ini kerana di sana TikTok Shop kerugian sebanyak lebih $500 juta tahun ini untuk mengembangkan platform e-dagang mereka. Jika perkara ini sudah menjadi kebiasaan, kami di Amanz tidak terkejut jika selepas ini TikTok Malaysia turut akan menghalang perkongsian pautan Shopee, Lazada dan lain-lain.

Apa kata anda mengenai strategi baharu TikTok ini? – Amanz

Authors

Pilihan Editor