X atau yang dahulunya dikenali dengan Twitter, kini dalam sasaran untuk menjadi sebuah aplikasi semua-dalam-satu. Untuk mencapainya, X dilihat akan aktif dalam menambah sejumlah ciri baharu padanya.
Terbaru, CEO X dilihat mengesahkan yang mana perkhidmatan tersebut bakal menambah sokongan panggilan video tidak lama lagi. Dengan langkah ini, lebih ramai boleh berkomunikasi tanpa memberikan nombor telefon antara satu sama lain.
X sendiri dilihat telah memulakan ujian secara dalaman untuk fungsi panggilan video ini.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkaitan pengenalan ciri panggilan video pada X ini. Dengan perkongsian terbaru ini, kita mungkin boleh melihatnya hadir seawal tahun ini pada perkhidmatan sosial tersebut. – Amanz