HomeBeritaViral'You patut menang anugerah!' - Netizen puji video transisi Gigi Cheoh suntik...

‘You patut menang anugerah!’ – Netizen puji video transisi Gigi Cheoh suntik semangat perpaduan

 

CYBERJAYA: Pempengaruh media sosial, Gigi Cheoh sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia menerusi video terbaharunya sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.

Dalam perkongsian video itu, Gigi yang popular dengan gaya transisi mempamerkan dirinya memakai pakaian tradisional mewakili beberapa kaum di Malaysia dengan berlatarkan muzik ‘Tanggal 31’ nyanyian Sudirman.

Menurut Gigi yang turut tercalon dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023, lima busana yang dipakainya dalam video itu merangkumi kostum Puteri Perak (Melayu), Hanfu (Cina), Sari (India), Murut (Sabah) dan Iban (Sarawak).

Always proud to be a Malaysian! Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2023!,” tulisnya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata warga net memuji hasil video berkenaan yang dikatakan cantik, kemas dan penuh bergaya.

Malah, ada yang beranggapan Gigi layak memenangi anugerah kerana berjaya menaikkan semangat perpaduan.

“You patut menang anugerah, selalu menaikkan semangat perpaduan,” tulis seorang netizen.

You are amazing, never fail to entertain and motivate us,” komen seorang lagi warga net.

“Terbaik you ni…demi perpaduan masyarakat majmuk semua budaya yang menarik ada di Malaysia. Merdeka Merdeka Merdeka!” ungkap seorang lagi pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor