HomeTeknologiLiputan 5G di bangunan, bawah tanah perlu 'in building solution'

Liputan 5G di bangunan, bawah tanah perlu ‘in building solution’

KUALA LUMPUR: Liputan rangkaian 5G bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berada pada kadar lebih 90 peratus secara am, kata Fahmi Fadzil.

Namun, Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata, liputan yang melibatkan bangunan dan kawasan bawah tanah akan melibatkan penyelesaian dalam bangunan (in building solution).

Pada masa sama, beliau berkata, terdapat sesetengah jabatan atau pejabat kerajaan yang disediakan peralatan bagi membenarkan liputan 5G.

“Bagi bangunan-bangunan lain, perkara itu mungkin memerlukan perbincangan antara GMB atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bersama pihak DNB (Digital Nasional Berhad) untuk memastikan liputan 5G dapat dicapai di dalam bangunan,” katanya ketika sidang media, selepas melancarkan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, bertemakan ‘Cerita Malaysiaku’ bersempena Hari Malaysia di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan bahawa liputan 5G di Cyberjaya, Selangor tidak memberangsangkan.

Sebelum ini, Fahmi dilapor berkata, liputan populasi 5G di Malaysia kini berada pada kadar 68.8 peratus pada akhir Ogos 2023.

Kadar tersebut meningkat sedikit berbanding 66.8 peratus liputan 5G pada akhir Julai.

 

 

 

Author

Pilihan Editor