HomeTeknologiPelanggan Tesla Model 3 perlu bayar RM15,000 sebelum 20 Sept?

Pelanggan Tesla Model 3 perlu bayar RM15,000 sebelum 20 Sept?

CYBERJAYA: Pelanggan Tesla Malaysia mendakwa syarikat itu telah menghubungi mereka melalui panggilan telefon dan e-mel meminta bayaran untuk Tesla Model 3 yang telah ditempah awal.

Menurut laporan soyacincau.com, e-mel tersebut mengandungi beberapa butiran yang meragukan, termasuk jumlah bayaran pendahuluan yang lebih rendah, iaitu sebanyak RM15,000.

Bayaran pendahuluan Tesla Model 3 yang diminta adalah RM3,900 lebih rendah daripada bayaran pendahuluan 10 peratus dari RM189,000, sepertimana yang dipaparkan dalam laman web Tesla Malaysia, untuk kenderaan Pacuan Roda Belakang (RWD).

E-mel itu juga menyatakan bahawa pelanggan perlu melengkapkan proses pembayaran dan menyerahkan resit sebelum 20 September 2023, dan bayaran itu tidak boleh dikembalikan.

Menurut Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, laporan kes penipuan dalam talian telah meningkat sejak kebelakangan ini, dengan ribuan aduan yang direkodkan, dan kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Tesla Malaysia belum mengeluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini.

Author

Pilihan Editor