HomeTeknologiDah boleh letak lirik lagu dalam Reels di Instagram

Dah boleh letak lirik lagu dalam Reels di Instagram

PENGGUNA aplikasi Instagram kini boleh menyertakan lirik lagu dalam penggunaan Reels.

Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Adam Mosseri memaklumkan, ciri itu adalah pembaharuan yang ditampil pihaknya bagi memberi pengalaman interaksi lebih baik antara pengguna.

Lapor Amanz, ciri berkenaan berfungsi sama seperti perkongsian lirik pada Stories sebelum ini sekali gus membolehkan pengguna menyertakan lirik lagu dengan hanya mengetik pada butang khusus yang disediakan.

Menurut Adam, ciri tersebut sudah mula dilancarkan dan dijangka diedarkan secara berperingkat.

Bagaimanapun setakat ini, ciri memasukkan lirik lagu dalam Reels itu masih belum boleh digunakan di negara ini.

Author

Pilihan Editor