HomeSukanE-sukanGGS Malaysia anjur ‘Free Palestine’ dalam GT 7

GGS Malaysia anjur ‘Free Palestine’ dalam GT 7

DEMI membebaskan Gaza dari kekejaman Zionis laknatullah yang tidak henti melakukan serangan terhadap penduduk Palestin, masyarakat dunia sanggup menggunakan apa jua cara agar diketahui seluruh negara.

Lantaran itu, pelbagai saluran digunakan oleh masyarakat termasuk media sosial dan permainan video semata-mata untuk menunjukkan solidariti terhadap bumi Palestin.

Terbaru, lebih 40 pelumba menyertai acara satu jam perlumbaan solidariti bersama Palestin menerusi permainan video dan simulasi terkenal Gran Turismo 7 (GT 7).

Acara yang dianjurkan oleh Good Gang Squad (GGS) Malaysia mempamerkan 46 buah kereta yang setiap satunya mempunyai bendera Palestin bersama hashtag ‘Free Palestine‘ berlumba secara berkumpulan selama satu jam melalui trek yang disediakan.

“Program ni diadakan kerana kami tak boleh terima apa yg berlaku di sana (Palestin), kami tak tau nak buat apa dah sebab tu kami buat cara online di dalam game Gran Turismo 7. 

“Ada banyak respon dari orang luar negara terutamanya Germany dan negara Arab yang bagi sokongan kepada kami sebab buat solidarity race untuk Palestine. 

“Kami harap banyak lagi yang akan sertai  program kami di masa akan datang,” kata GGS dalam satu kenyataan.

Author

Pilihan Editor