HomeTeknologiNokia saman Amazon, HP

Nokia saman Amazon, HP

CYBERJAYA: Syarikat aplikasi terkenal, Nokia mengambil tindakan undang-undang terhadap Amazon dan HP atas pelanggaran paten milik syarikat itu, melibatkan teknologi berkaitan video.

Menurut Nokia, Amazon melanggar sejumlah paten yang dimilikinya menerusi peranti penstriman Amazon Prime Video manakala HP pula menggunakan teknologi yang dipatenkan Nokia tanpa kebenaran, lapor Amanz.

Meskipun sudah berbincang dengan Amazon dan HP beberapa tahun lalu, Nokia kini bertindak menggunakan cara perundangan sebagai langkah terakhir untuk kedua-dua syarikat ini memberikan respon.

Untuk makluman, Nokia membangunkan teknologi video sejak tahun 1990-an merangkumi teknologi pemampatan video bagi memudahkan penstriman video berdefinisi tinggi.

Dalam pada itu, Nokia turut mencipta teknologi membolehkan kandungan dioptimasikan apabila dilihat secara menegak atau melintang pada peranti, selain kebolehan untuk menatal video kehadapan.

Malah, Nokia dilaporkan mempunyai lebih 30 tahun pengalaman kajian dan inovasi dan berharap agar pelbagai syarikat yang menggunakan inovasi yang dibangunkan mereka.

Author

Pilihan Editor