HomeGaya HidupJom Makan4 petua buat sambal belacan - Bikin kecur air liur!

4 petua buat sambal belacan – Bikin kecur air liur!

KEBIASAANNYA jika makan nasi, pasti tak lengkap jika tiada sambal belacan.

Ibarat pelengkap hidangan untuk rasai nikmat dunia!

Namun, bukan senang nak dapat sambal belacan yang menggiurkan.

Jom ikuti 4 petua yang dikongsi menerusi Facebook Petua Emak bagi mendapatkan sambal belacan yang enak!

Petua 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal lebih beraroma

Petua 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama

Petua 3
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai- petua supaya tidak sakit perut makan sambal


Cara buat ikut urutan:
(Kisar kasar bahan-bahan)

  • 6 biji limau kasturi (buang biji)
  • 50g belacan yg telah dibakar
  • 3 biji cili merah+1biji cili hijau
  • 8 biji cili padi hijau
  • 25 biji cili padi merah
  • 100ml air asam jawa pekat
  • Masukkan sedikit gula dan garam

Author

Pilihan Editor