NAMA pendakwah tersohor, ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa kecoh diperkatan wraga net selepas videonya yang berkongsi doa menguatkan alat kelamin suami tular di media sosial.
Difahamkan, perkongsian itu dalam satu acara tertutup yang hanya dihadiri oleh tetamu wanita sahaja.
Justeru, Ustazah Norhafizah tampil memperjelas mengenai video tular serta meminta netizen untuk memahami konteks lebih mendalam agar tidak di salah erti.
“Ketika itu kami sedang membincangkan topik mati putik jadi saya bercakap dari sudut hukum hakam dan bagaimana Islam melihat tentang keperluan melayan suami.
“Jadi doa yang saya kongsikan itu memang doa yang diperlukan untuk memohon kepada Allah SWT bagi mengatasi masalah tersebut kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti itu.
“Bukanlah doa itu tidak ada sandarannya, saya kongsi juga sandaran, nama kitab dan nama ulama yang menyebut doa tersebut tetapi saya nak jelaskan doa itu bukan disandarkan oleh Rasulullah SAW,” jelasnya memetik Gempak.
https://twitter.com/The_Mamu/status/1747816242365472945?t=tHTi-RY7rtll6FSjq9Egyw&s=19
Sehubungan itu, ustazah meminta mereka yang komen negatif perlu menonton video penuh dan bersangka baik.
“Ustazah bukan buat lawak lucah, bukan cakap benda-benda yang tidak sepatutnya. Saya hanya berkongsi doa itu untuk majlis ilmiah dan yang datang itu pun memang ada yang hadapi masalah tersebut.
“Tapi saya bersyukur juga kerana ada segelintir yang berterima kasih dan ingin mengamalkan doa tersebut,” ujarnya.