HomeTeknologiChina bina bateri nuklear tahan 50 tahun tanpa cas

China bina bateri nuklear tahan 50 tahun tanpa cas

SEBUAH syarikat di China, Betavolt berjaya membangunkan bateri nuklear yang boleh bertahan sehingga 50 tahun tanpa perlu dicas.

Bateri yang menggunakan isotop Nikel-63 itu menghasilkan kuasa 100 mikrowatts dan voltan 3V lapor portal Amanz.

Menerusi binaan itu, Betavolt yakin mampu menghasilkan bateri dengan kuasa 1W menjelang 2025.

Ciptaan bateri itu juga menwujudkan potensi untuk penghasilan telefon pintar yang tidak perlu dicas dan dron yang terbang selama-lamanya bakal menjadi realiti.

Untuk makluman, bateri nuklear sudah dibangunkan sejak 1914 dengan terdapat dua versi satu mengubah haba yang terhasil dari proses reputan radioaktif menjadi kuasa elektrik menggunakan termogandingan.

Manakala satu lagi, menggunakan partikel beta untuk menggerakkan elektron pada bahan semikonduktor bagi menghasilkan arus.

Ciptaan bateri bateri Betavolt ini memberi pembezaan iaitu kuasa bateri lebih rendah sekitar 1 mikrowatt dan hanya bertahan selama 12.5 tahun.

Author

Pilihan Editor