HomeBeritaViralGaduh berparang: Geng samseng bikin Sarawak setara Klang? 

Gaduh berparang: Geng samseng bikin Sarawak setara Klang? 

TULAR di aplikasi X paparan video pertengkaran antara sekumpulan lelaki bersenjata.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Sarawak itu, menjadi tegang apabila salah seorang daripada lapan lelaki itu cuba menyerang menggunakan senjata tajam iaitu parang.

Aksi pergaduhan sekumpulan lelaki yang disifatkan seperti samseng itu membuatkan negeri Sarawak disamakan dengan bandar Klang, Selangor dek kerana kes pergaduhan di bandar berkenaan dilaporkan amat tinggi dan berbahaya.

 

Mengulas lanjut berhubung kejadian, dalam rakaman kedua, kelihatan orang awam yang berada di sekitar kawasan terbabit cuba meleraikan pertengkaran tersebut.

Bagaimanapun, punca pergaduhan masih tidak dapat dikenal pasti dan tiada sebarang kecederaan berlaku berhubung kejadian tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada sebarang penjelasan yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian.

Author

Pilihan Editor