HomeGaya HidupJom MakanJom 'pekena' Nasi Kandar Sulaiman dalam kereta api!

Jom ‘pekena’ Nasi Kandar Sulaiman dalam kereta api!

ORANG ramai kini boleh menikmati hidangan nasi kandar ketika mengikuti perjalanan menaiki kereta api.

Pihak Nasi Kandar Sulaiman (NKS) menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan perkara itu susulan kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Selepas ini boleh makan NKS di dalam kereta api. Alhamdulilah mamuzir kita berkolaborasi dengan KTM menjual nasi kandar dalam kereta api.

“Tapi ada masa tertentu dia sahaja. Boleh roger KTM jika anda mahu makan nasi kandar semasa perjalanan anda ketika menaiki kereta api,” maklum NKS.

Sementara itu KTMB dalam satu hantaran lain turut memaklumkan bahawa penumpang yang menaiki kereta api eletrik (ETS) boleh menikmati hidangan popular di Pulau Pinang itu di Kafe ETS Koc C.

 

Author

Pilihan Editor