HomeTeknologiUniversity of Washington cipta anting-anting pintar

University of Washington cipta anting-anting pintar

UNIVERSITY of Washington kini dalam fasa membangunkan sebuah produk dikenali ‘The Thermal Earring’ iaitu sejenis anting-anting yang akan menjadi saingan dengan jam tangan pintar.

The Thermal Earring iaitu sejenis anting-anting pintar itu berfungsi mengesan suhu kulit serta mempunyai bateri tahan lama sehingga 28 hari, lapor portal teknologi, Amanz.

Selain itu, anting-anting pintar berkenaan juga boleh disambung dengan Bluetooth kuasa rendah dan dicas melalui solar atau tenaga kinetik.

Sensor merekod data melalui cuping telinga secara berterusan. Ia dikatakan turut boleh menjejak tekanan, demam, senaman, tabiat makan, serta trend kesihatan.

Lebih menarik lagi, The Thermal Earring turut boleh diubahsuai oleh pengguna seperti menambah aksesori resin atau batu permata.

Bagaimanapun, anting-anting itu masih berada di dalam fasa prototaip dan setakat ini, sasaran audiens bagi produk terbabit adalah dalam kalangan pengguna wanita.

Author

Pilihan Editor