HomePendidikanPPK USM anjur program pembangunan digital, pupuk pemikir kritis dalam kalangan pelajar

PPK USM anjur program pembangunan digital, pupuk pemikir kritis dalam kalangan pelajar

PUSAT Pengajian Komunikasi (PPK) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menjalankan projek Penyelesaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bertajuk Pendidikan Literasi Demokrasi Digital untuk Pengundi Muda  dari 9 Disember 2023 hingga 17 Februari 2024.

Program tajaan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) ini melibatkan penyertaan aktif daripada 15 pelajar universiti dari tiga institusi pendidikan dari Pulau Pinang iaitu USM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, dan Politeknik Permatang Pauh.

Foto: Dzulfikar Azmi Isa

Modul literasi digital menumpukan perhatian terhadap kemahiran seperti mencari, menilai, mengesahkan maklumat, memahami budaya digital, pemikiran kritis, komunikasi berkesan, kreativiti, kerjasama, keselamatan dalam talian, dan etika dalam talian.

Memahami maklumat seperti ini adalah penting untuk menjadi pengguna internet secara bertanggungjawab, membezakan kebenaran dari kesalahan, melindungi pengguna daripada bahaya dalam talian, meninggalkan jejak digital yang positif.

Manakala literasi demokratik merupakan topik penting untuk membentuk warganegara yang kritis dan celik politik. Topik-topik ini memberikan pengetahuan dan memupuk budaya perdebatan serta akauntabiliti, kepada golongan muda di negara ini.

Antara topik yang diketengah termasuklah termasuk pemahaman tentang kerajaan dan undang-undang Malaysia, proses pilihan raya, hak dan tanggungjawab warganegara Malaysia, isu politik semasa serta berdiri untuk hak-hak warganegara.

Foto: Dzulfikar Azmi Isa

Program ini telah dijalankan dalam mod hibrid di Bangunan C10 Balai Media PPK USM dan upacara penutupan dihadiri oleh Pengurus Projek AAPGM, Yoogeswaran Kanis, dan Dekan SOC USM, Profesor Madya Dr Bahiyah Omar, yang juga merupakan penasihat utama untuk projek ini.

Menurut Bahiyah, program ini bertujuan menjadi sumber pengetahuan yang berharga, menangani isu-isu digital yang signifikan yang memberi kesan mendalam kepada generasi muda.

Program ini tidak hanya meningkatkan kemahiran peserta tetapi juga mampu melahirkan individu yang berkomitmen untuk perubahan masyarakat yang positif.

 

Author

Pilihan Editor