HomeBeritaViralKhairulaming belanja sakan pekerja buat netizen iri hati!

Khairulaming belanja sakan pekerja buat netizen iri hati!

UMUM sedia maklum, usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairulaming seorang yang pemurah tidak kira daripada segi perkongsian ilmu mahupun kewangan.

Baru-baru ini, Khairulaming menerusi media sosial telah berkongsi rezeki dengan sejumlah 100 pekerjanya untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi video tersebut, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman menyatakan telah menutup dua operasi kilangnya untuk membawa pekerjanya membeli pakaian raya di sebuah gedung pakaian terkenal.

Bukan itu sahaja, mereka juga diberi peluang untuk membeli apa sahaja yang diingini sebagai persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba seminggu lagi.

Lebuh mengujakan, usahawan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet turut memberikan bonus raya kepada setiap pekerjanya sebagai tanda penghargaan di atas usaha mereka membangunkan jenama produk tersebut. 

Menerusi perkongsian tersebut, jelas terpancar kegembiraan di riak wajah kesemua pekerjanya apabila diraikan sebegitu.

“Kita kongsi rezeki dengan mereka, dengan harapan duit raya ini dapat bantu mereka buat persediaan raya dengan famili,” ujarnya di dalam video yang dikongsikan di laman sosial..

Perkongsian tersebut telah mengundang keterujaan netizen, rata-ratanya memuji  sikap usahawan tersebut kerana sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

Bahkan ada segelintir warga maya iri hati dan meninggalkan komen lucu di ruangan komen untuk meminta kerja kosong di kilang tersebut. 

“Ada kerja kosong? Lap tingkap lap meja lap botol kaca pun saya on,” kata @hidayayusoff.

“Ya Allah, bertuahnya dapat boss macam ni. Tolong bukak satu kilang area Shah Alam. Nak kerja dengan KA,” tulis @cik_serry pula.

“”Sampul duit tu makin lama makin tebal. Ada kerja kosong lagi tak? Tolong kupas bawang pon jadilah,” komen @sayyidatul_akmal.

Author

Pilihan Editor