HomeBeritaViralLelaki ini kongsi petua guna sabun mampu elak gigitan nyamuk

Lelaki ini kongsi petua guna sabun mampu elak gigitan nyamuk

KEGATALAN atau radang kulit boleh terjadi selepas digigit nyamuk menyebabkan ketidakselesaan terhadap kulit.

Bukan itu sahaja, kes demam denggi juga akan meningkat dan membawa kepada maut sekiranya digigit oleh nyamuk Aedes.

Meskipun sudah memakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh sekalipun ia tidak bermakna anda tidak menjadi mangsa gigitan nyamuk.

Menerusi satu perkongsian di laman X, Naim Pest Control atau nama sebenarnya Khairul Naim Abu Bakar, 33, berkongsi petua cara mencegah gigitan nyamuk. 

Menurutnya, kajian menunjukkan beberapa jenis sabun boleh mengubah daya tarikan manusia terhadap nyamuk.

Antaranya adalah jenama sabun Dove, yang mengandungi bahan-bahan yang menjadikannya sangat menarik untuk nyamuk. 

Satu kajian baru-baru ini membincangkan bagaimana jenama sabun tertentu mempengaruhi daya tarikan manusia terhadap nyamuk Aedes Aegypti, yang menyebarkan penyakit seperti demam denggi dan virus Zika.

Pakar mengkaji empat jenis jenama sabun iaitu Dial, Dove, Native, dan Simple Truth. 

Melalui kajian itu, didapati  bahawa sabun berjenama Dove dan Simple Truth meningkatkan daya tarikan semula jadi kepada nyamuk berbanding jenama sabun lain.

Hal ini kerana aroma yang terhasil daripada sabun itu menyerlahkan interaksi antara aroma individu dan solek kimia sabun.

Menariknya, sabun asli seperti Native, menunjukkan potensinya sebagai penghalau nyamuk kerana mengurangkan daya tarikan terhadap nyamuk, 

Berdasarkan penemuan ini, penyelidik mencipta campuran tiruan yang meniru komposisi kimia sabun, berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang berkesan pada masa hadapan.

Penyelidikan ini menunjukkan cara produk harian seperti sabun boleh menjejaskan interaksi kita dengan nyamuk pembawa penyakit, menawarkan kemungkinan baharu untuk kawalan dan pencegahan nyamuk. 

Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut kita dinasihatkan untuk menggunakan sabun mandi yang diperbuat daripada bahan seperti minyak kelapa, kerana ia terbukti dapat mengurangkan gigitan nyamuk.

Author

Pilihan Editor