HomeMV+EksklusifSiti Khadijah, Pusrawi taja jemaah Haji Furada

Siti Khadijah, Pusrawi taja jemaah Haji Furada

KUALA LUMPUR: Syarikat pelancongan UC Travel Sdn Bhd dipercayai berkolaborasi dengan jenama terkenal seperti telekung Siti Khadijah untuk menaja jemaah Haji Visa Furada, antara punca ramai yakin ia bukan ‘scam’.

Siasatan MEDIA VARIASI mendapati jenama tudung terkenal, Siti Khadijah turut menaja anak dan stafnya untuk menunaikan Haji Visa Furada guna khidmat syarikat tersebut.

Menurut seorang jemaah, apabila jemaah menyaksikan sendiri Siti Khadijah menaja anak sendiri, ia menambahkan keyakinan mereka.

“Semua jemaah wanita terima tajaan telekung sembahyang, bukan sebarangan orang yang terima.

“Bukan kami tak siasat kami juga siasat, tengok siapa yang taja, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pun ada taja pemeriksaan kesihatan.

“Timbalan Mufti Kedah pun ada beri kursus haji tiga hari berturut-turut, kami pun tidak tahu sama ada mereka tahu atau tidak,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

MEDIA VARIASI cuba mendapatkan komen pihak Siti Khadijah namun belum mendapat maklum balas daripada mereka.

Penipuan ejen yang menggunakan Visa Furada ini adalah secara halus kerana yang terbabit dalam kegiatan termasuklah juga golongan agamawan dan visa ini diperolehi daripada kuota menteri.

Visa Furada ini adalah pemberian Arab Saudi namun ramai terlepas pandang bahawa tiada visa furada dikeluarkan kerajaan Arab Saudi sejak 2019 lagi.

Manakala kuota menteri pula dimansuhkan sejak 2018. Kuota menteri adalah kuota tambahan yang diberi oleh Arab Saudi di atas hubungan dua hala yang baik antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Kisah hampir 400 jemaah haji diperdaya mengguna visa furada terus hangat dibincangkan masyarakat hari ini.

Berikut adalah perkongsian daripada pengguna Facebook, Akak Gojes mengenai modus operandi UC Travel Sdn Bhd yang didalangi Datuk Ain.

UC Travel SDN BHD satu syarikat di mana di bawahnya terdapat ramai ejen yang mempromosikan pakej haji.

Apabila Datuk Ain ini ditangkap telefon bimbitnya dirampas, segala bukti perbualan antara Haji Agus dan Datuk Ain kantoi berpakat ‘scam’ duit para jemaah haji, jumlah anggaran kerugian RM22 juta, dan sebenar-benarnya proses visa furada para jemaah haji selama ini langsung tidak pernah berlaku.

Author

Pilihan Editor